Sijil Halal Shaklee 2017

Setiap awal tahun ISA akan memperbaharui pensijilan halal untuk produk-produk Shaklee

 

Logo Islamic Services of America (ISA) menunjukkan bahawa status produk atau perkhidmatan yang halal secara bebas di pantau oleh kakitangan Islamic Services of America. Logo ISA dikenali oleh pengguna Islam sebagai satu tanda bahawa produk memenuhi piawaian Halal.

▸ ISA telah diiktiraf oleh LP POM-MUI dan AIFDC-ICU, MUIS (Singapura), JAKIM dan DVS ( Malaysia) sejak penubuhan mereka pada  1980-an.

▸ ISA dikenali ole Mother Mosque of America, yang tertua wujudnya masjid di America Syarikat, terletak di Cedar Rapids, Iowa. Tambahan pula Persatuan Islam Amerika dan pusat-pusat Islam merentasi Amerika Syarikat telah mengakui ISA atas integritinya dalam memelihara Halal Standards.

▸ ISA mengesahkan pengeluar produk-produk boleh di makan apabila mereka mematuhi standard piawaian Syariah.